PERBANYAKKAN MENGINGATI ALLAH

'Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.' (Al-Baqarah 2:200)

Kebaikan di dunia adalah impian kita semua. Inginkan kehidupan aman dan selesa. Malangnya, ada sebahagian kita sehingga sanggup memuja dan memuji ahli dikalangan kerabat mereka. Semata-mata mengharapkan balasan manusia itu semata-mata. Memuji mereka tidak ikhlas dan membiarkan kesilapan mereka tanpa dibetulkan.

'Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".' (Al-Baqarah 2:201)

Inilah doa yang kerapkali kita baca selepas selesai solat mengharapkan kebaikan dunia dan akhirat. Doa disusuli dengan perbuatan, kerana setiap tawakal itu perlu diikuti dengan usaha. Jika ingin berjaya di dunia, maka penuhilah dengan ilmu, jika inginkan kebahagiaan di akhirat juga dengan ilmu, apatah lagi ingin kedua-duanya pastilah dengan ilmu.

'Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.' (Al-Baqarah 2:202)

Yang Dipertua ABIM Cawangan Kuala Selangor
Ulangsiar: 7 Syawal 1436H / 23 Julai 2015M

DAFTAR SEKARANG, SEBELUM 15 DISEMBER 2014

Bengkel Remaja O.S.E.M merupakan satu citra dakwah ABIM Daerah Kuala Selangor ke arah melahirkan generasi muda Ulul Albab yang memiliki 4 ciri asas atau permulaan yang perlu dibina di dalam setiap diri mereka. O.S.E.M dibentuk berdasarkan 4 ciri tersebut iaitu ‘organize’, ‘simple’, ‘effective’ dan ‘mature’. Remaja yang ‘organize’ bermaksud remaja yang kehidupannya dapat disusun dengan penuh rapi dan terancang. Remaja yang ‘organize’ akan sentiasa mengutamakan apa yang utama dan akan mampu menguruskan serta menggunakan masanya dengan paling berkesan.

Kedua, remaja yang ‘simple’. ‘Simple’ dalam bahasa percakapan harian adalah mudah atau senang. Remaja Ulul Albab seharusnya memiliki keperibadian yang mudah bergaul dan mudah didekati. Bahkan mereka seharusnya mudah bekerjasama dan mudah menolong dalam memenuhi tanggungjawab dan tugas harian. Remaja yang ‘simple’ adalah remaja yang hadirnya dirasa dan hilangnya dirindu.

Ketiga adalah remaja yang ‘effective’. Kita sering mendengar keluhan masyarakat kepada sikap remaja yang sambil lewa dan tidak ambil kisah. Ini adalah disebabkan mereka tidak memiliki sifat yang dipanggil efektif atau ‘effective’. Mereka kurang berkesan. Remaja yang berkesan ini adalah remaja yang mendahulukan kesenangan dan kemudahan untuk orang lain. Mereka tidak senang melihat perkara yang tidak berada pada tempatnya. Efektif ini akan menjadikan seorang remaja itu ringan tulang dan sentiasa memikirkan kemudahan untuk irang lain bukan untuk diri sendiri.

Akhir sekali, remaja yang ‘mature’. Persoalannya, pada umur berapakah seseorang itu akan matang atau ‘mature’? Kematangan tidak terbentuk kerana factor umur mereka tetapi ia terbentuk berdasarkan hubungan sosial yang mereka lalui dalam harian mereka. Lebih banyak mereka bergaul, bercampur dengan masyarakat yang pelbagai peringkat umur akan mempercepatkan kematangan mereka khususnya dalam berfikir dan bersosial.