Kuliah Maghrib di Surau Batu 10

28 Mei 2009, YDP ABIM Daerah Kuala Selangor telah dipelawa untuk mengisi slot kuliah Maghrib bertujuan memberikan penghargaan dan terima kasih kepada kumpulan mahasiswa yang hadir bertandang ke surau tersebut dalam program berbasikal dan bermesra. Sesi bermula sejurus selepas solat Maghrib dan berakhir dengan solat Isyak berjemaah dan diimamkan oleh YDP ABIM sendiri.


Agenda akhir pada malam tersebut adalah jamuan makan nasi 'ambeng' bersama warga kampung. Selepas selesai menjamu selera, tiba-tiba muncul Datuk Noh Omar, menteri Pertanian dan YB Parlimen Tanjong Karang secara mengejut. Ia adalah amat diluar dugaan dan hadir tanpa sebarang sambutan. Namun, kehadirannya tidak kena pada masa dan tempatnya. Harapannya ialah kepada pelajar dan mahasiswa yang hadir, semoga mereka menerima natijah yang baik dari usaha masyarakat setempat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan