Mesyuarat Majlis Belia Daerah Kuala Selangor

Alhamdulillah, pada 25 Mei 2009, Yang Di Pertua ABIM Daerah Kuala Selangor telah dijemput oleh Majlis Belia Daerah Kuala Selangor bagi menghadiri mesyuarat Majlis Belia Daerah di Kuala Selangor. Mesyuarat dihadiri oleh lebih dari 20 orang sukarelawan persatuan belia dari segenap pelusuk daerah Kuala Selangor. Perbincangan bermula pada jam 8.30 malam dan ditamatkan pada 11.00 malam dengan sedikit jamuan makan yang ditaja oleh AADK Daerah Kuala Selangor. Pegawai kerajaan yang turut hadir ialah Encik Shahman dari Pejabat AADK Daerah Kuala Selangor serta Encik Iqbal dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor.


Agenda tertumpu kepada pembentangan minit mesyuarat, laporan aktiviti untuk 4 bulan yang lalu serta perbincangan perlaksanaan Karnival Belia daerah Kuala Selangor. Perbincangan baik serta mendapat sokongan penuh bagi dilaksanakan. ABIM Daerah Kuala Selangor berkemungkinan diamanahkan beberapa aktiviti termasuklah aktiviti ceramah agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan