Selamat Datang ke Blog ABIM Daerah Kuala Selangor


Bermula dari pada 15 Mei 2009, ABIM Daerah Kuala Selangor akan mula dimuatkan ke media maya ini. Setiap aktiviti berlangsung, perbincangan dalam usrah dan apa sahaja yang berkaitan dengan ABIM akan dipaparkan diblog ini.


ABIM Daerah Kuala Selangor sedang dalam proses penambahbaikan dengan kehadiran rakan-rakan belia muda bagi menyuntik semangat dan tenaga kerja ke ABIM Daerah Kuala Selangor. Usaha ini harus dimurnikan dan disulamkan dengan nasihat serta tunjuk ajar dari kalangan ahli usrah dan pimpinan lama ABIM Daerah Kuala Selangor yang kini akan mula mengisi keperluan dan keutamaan dalam WADAH.


Semoga kesinambungan ini mendapat keberkatan Allah dan sentiasa dipermudahkan urusan seterusnya dapat memperbaiki lagi keharmonian dan peningkatan modal insan di daerah Kuala Selangor secara khususnya dan negeri Selangor secara amnya.


Terima kasih.


Kamarul Azami b. Mohd Zaini
Yang Di Pertua
ABIM Kuala Selangor 2009 - 2010