Terima Kasih

Terima kasih kepada perwakilan ABIM Daerah Kuala Selangor yang menghadiri Muktamar Sanawi ABIM Cawangan Selangor pada 17 mei 2009 yang lalu. Ia adalah sebagai tanda persediaan dan keyakinan ABIM Daerah untuk bersama-sama ABIM Selangor menggerakkan dan membangunkan usaha dakwah yang cemerlang di negeri Selangor.


Semoga dengan kebersamaan ini, akan wujud rasa terbuka dan percaya kita bersama demi kebaikan untuk ummat, bukan semata-mata nama dan glamor peribadi diri kita. Pelbagai perancangan dan pengharapan yang bakal kita kongsikan bersama dan diharapkan ABIM Daerah bersedia untuk menyumbang bakti bukan untuk ABIM Selangor semata-mata atau di daerah sahaja juga, tetapi adalah untuk Islam dan ummat Islam yang sentiasa mengharapkan yang terbaik dari kita.


Ucapan terima kasih tidak terhingga dari kami khususnya kepada Wak Nan dan isteri dan tidak lupa rakan-rakan dari Tanjong Karang iaitu Suhadak dan isteri juga Ustaz Mukhid. Semoga kebersamaan ini berkekalan. Berikut adalah senarai pimpinan kanan yang baru dilantik dalam muktamar yang lalu;

YDP ABIM Selangor : Mohd Zawawi Ahmad Mughni (0193339871)
Timb. YDP : Mohd Naim Mohd Noor
Ketua HELWA : Haryati Abdul Halim (0123838474)

Setiausaha : Khairuddin Abas (0196506553)
Pen. SU 1 : Muhamad Muszaki Mohd Ozir
Pen. SU 2 : Nor Hidayah Sumairi
Setiausaha Kewangan : Kamarul Azami b. Mohd Zaini

Semoga diberkati Allah. Terima kasih sekali lagi.


Kamarul Azami b. Mohd Zaini
Mantan SUA PEPIAS
Setiausaha Kewangan ABIM Selangor 2009 - 2010
YDP ABIM Kuala Selangor 2009 - 2010
http://kamarulazami.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan