Kuliah Ustaz Uthman el Muhammady setiap Jumaat di ISTAC

Kepada semua warga Jamaah WADAH, ABIM, PKPIM, PEPIAS dan mereka yang berminat.

Anda sekalian dijemput untuk menghadiri Kuliah oleh Al Fadhil Ust Uthman Muhammady pada setiap hari Jumaat jam 11am-12pm bertempat Masjid di ISTAC di Jalan Duta. Beliau telahpun mengajar kitab 'Reliance of the Traveller' oleh Syakh Nuh Ha Mim Keller sejak beberapa minggu yang lepas. Buku ini merupakan terjemahan kepada Kitab Umdatus Salik karangan Muhammad Naqib as Misri. Kuliah akan disampaikan dalam bahasa Inggeris.

Kitab Ini merupakan manual fiqh shafie yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris dengan baik oleh penterjemah. Teks bahasa arab yang asal diletakkan secara berhadapan dengan teks Inggeris. Penterjemah juga menyertakan lampiran-lampiran yang bermanfaat berkaitan akiqah, fiqh dan akhlaq dari teks-teks muktabar.

Sesiapa yang berminat boleh terus ke kuliah tersebut dan bolehlah mendapatkan kitab tersebut di toko-toko buku atau di internet. Buku tersebut agak mahal tetapi Insya Allah amat bermanfaat. Sila rujuk ke amazon atau web site lain untuk review.

'Umdat al-Salik wa 'Uddat al-Nasik (Reliance of the Traveller and tools of the Worshipper) is a classic manual of fiqh. It represents the fiqh rulings according to the Shafi'I school of jurisprudence. The appendices form an integral part of the book and present original texts and translations from classic works by prominent scholars such as al-Ghazali, Ibn Qudamah, al-Nawawi, al-Qurturbi, al-Dhahabi, Ibn Hajar and other, on topics of Islamic law, faith, spirituality, Qur'anic exegesis and Hadith sciences. It has also biographical notes about every person mentioned (391 biographies) , bibliography of each work cited (136 works), and a detailed subject index (95 pages). Of the 136 works drawn upon in its commentary and appendices, 134 are in the original Arabic. The sections and paragraphs have been numbered to facilitate cross-reference.

Wassalam,
-Mohamad Raimi (Abu_Aiman)
016 2196700

Tiada ulasan:

Catat Ulasan