BERBUATLAH SESUATU DAN HINDARI KOSONG DARI KEGIATAN

Doktor Richard Cabot seorang profesor kedoktoran di Universiti Harvard menyatakan di dalam bukunya yang berjudul ‘How Human Lice’: “Sebagai seorang doktor saya menasihatkan bahawa bekerja telah banyak mengubati orang-orang yang menderita penyakit kelumpuhan jiwa yang diakibatkan oleh keraguan, rasa takut dan ketidakpastian. Keberanian yang diberikan kepada kita oleh kerja keras seperti kepercayaan diri yang membuat Emerson begitu hebat”.

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran, surah Al-Jumu’ah ayat 10 yang bermaksud;

“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumidan carilah kurnia Allah s.w.t dan ingatlah Allah s.w.t sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung...”

George Bernard Shaw berkata: “Rahsia ketidakbahagiaan itu terletak dalam kesempatan yang diberikan kepada anda untuk berfikir dengan leluasa, apakah anda berada dalam keadaan bahagia atau tidak. Oleh kerana itu, jangan terlalu banyak berfikir tentang perkara itu. Sebaliknya, teruslah bekerja, kerana saat itu darah anda akan mula mengalir dan otak anda mula berfikir lagi. Kehidupan yang baru akan melenyapkan fikiran-fikiran itu dari otak anda. Bekerjalah, dan jangan pernah berhenti. Ini kerana merupakan resepi yang paling murah yang pernah ada di muka bumi dan paling mujarab”.

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran, surah At-Taubah ayat 105 yang bermaksud;

“Bekerjalah kamu nescaya Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu...”


Benyamin Disraeli mengatakan: “Kehidupan ini terlalu pendek untuk disia-siakan”.

Salah seorang bijak bestari yang berasal dari negara Arab mengatakan: “Kehidupan ini terlalu singkat untuk kita isi dengan perbalahan”.

Allah berfirman lagi di dalam Al-Quran, surah Al-Mukminun ayat 112 hingga 114 yang bermaksud;

“Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?” Mereka menjawab: “Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.” Allah s.w.t berfirman, “Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar sahaja, kalau kamu mengetahui”.






Bingkisan dari Buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran. Buku La Tahzan yang dikarang oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan