JANGAN BERSEDIH, KERANA KESEDIHAN MEROSAKKAN BADAN

Doktor Alexis Carlyle, pemenang hadiah nobel dalam bidang kedoktoran mengatakan: “Para Pekerja yang tidak tahu bagaimana menghadapi kesedihan akan mati lebih cepat.”

Ditegaskan oleh penulis di dalam buku ini bahawa segala sesuatu itu terjadi sesuai dengan qadha’ dan takdir Allah s.w.t. Namun boleh saja pernyataan Carlyle di atas diertikan: “Salah satu sebab yang menghancurkan tubuh dan membinasakan eksistensi diri adalah keraguan dan ini benar.”

Doktor Joseph R. Montagno, penulis buku ‘The Problem of Nervousness’. Dalam buku tersebut Montagno mengatakan: “Penyebab abses yang anda derita bukan berasal dari makanan yang anda konsumsi, tetapi kerana sesuatu yang memakan dirimu.”

Al-Mutanabbi berkata:

Kecemasan
hanya akan mengakibatkan tubuh menjadi kurus
dan rambut si bocah akan beruban
dan menjadi amat tua.

Sesuai dengan yang ditulis oleh majalah Life, bahawa abses ini menempati urutan kesepuluh dalam daftar penyakit yang mematikan.

Ada beberapa tulisan Doktor Edward Bodowlski dalam bukunya, ‘Leave Worrying and Seek Betterment’, judul bab di dalam buku tersebut adalah;

a.Apa kesan kesedihan terhadap jantung.
b.Tekanan darah tinggi adalah disebabkan oleh kesedihan.
c.Kesedihan boleh mengakibatkan rematik.
d.Kurangkan kesedihannmu demi pencernaanmu.
e.Bagaimana kesedihan boleh mengakibatkan selsema.
f.Rasa sedih dan kelenjar beguk.
g.Korban penyakit gula (diabates) dan kesedihan.

Doktor Karl Maninger adalah seorang pakar penyakit jiwa di Mayo, yang menulis buku berjudul ‘Man Againts Himself’. Dalam edisi terjemahannya, dikatakan: “Buku doktor Maninger tidak akan memberikan kaedah-kaedah tentang bagaimana menghindari depresi. Tetapi buku tersebut hanya akan memberikan laporan tentang bagaimana kita sendiri dapat menghancurkan tubuh dan otak kita dengan kegelisahan, kekecewaan, kedengkian, dendam, pemberontakan dan rasa takut.”

Ketenangan hati, keteduhan perasaan, kelapangan dada dan kebahagiaan adalah salah satu manfaat terbesar dari firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“... dan orang-orang yang memaafkan (kesalahan) orang...” ((Ali Imran: 134)

Montaigne, penguasa dan ahli falsafah dari kota Bodeaux, Perancis, mengatakan: “Saya ingin membantu memecahkan permasalahan kamu dengan tangan saya, bukan dengan hati dan paru-paru saya.”

Doktor Russell Cecil dari fakulti kedoktoran Universiti Cornell menyebutkan, adanya empat sebab utama yang membuat goyahnya persendian:

1.Binasanya rumahtangga.
2.Bencana yang bersifat materi dan kesedihan.
3.Kesendirian dan kecemasan.
4.Perasaan terhina dan dendam kesumat.

Doktor William Mark Gaugil dalam sebuah pidato ilmiah di depan Persatuan Doktor Gigi Amerika, mengatakan: “Perasaan yang tidak bahagia seperti cemas dan takut sangat mungkin untuk memberikan kesan terhadap penyebaran kalsium di dalam tubuh dan selanjutnya, akan mengakibatkan kerosakan pada gigi.”

Date Carnagie mengatakan: “Orang-orang Negro yang hidup di wilayah selatan dan orang-orang Cina sangat sedikit yang diserang oleh penyakit hati yang disebabkan oleh kesedihan. Ini disebabkan kerana mereka menghadapi segala permasalahan dengan cara yang tenang.

Kemudian dia melanjutkan: “Jumlah orang Amerika yang cuba melakukan bunuh diri lebih ramai daripada yang meninggal kerana diserang oleh lima penyakit yang mematikan”.

Ini adalah kenyataan yang hampir tidak boleh dipercayai.






Bingkisan dari Buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran. Buku La Tahzan yang dikarang oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan