RELAKAN APA YANG TERJADI

Allah berfirman dalam surah Al-Hadid ayat 23 yang bermaksud;

“(Kami jelaskan yang demikian itu) agar kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu.”

Doktor Paul Brandon berdiri kemudian melemparkan tong susu ke tanah samabil berseru; “Janganlah anda menangisi susu yang tumpah”.

Satu ungkapan umum berbunyi; “Yang tidak ditulis untukmu akan sukar anda peroleh”.

Adam a.s berkata kepada Musa a.s; “Apakah anda mencelaku atas sesuatu yang telah Allah s.w.t tetapkan kepadaku sebelum Dia menciptakan aku 40 tahun sebelumnya?” Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Maka Adam pun mendebat Musa a.s. Adam pun mendebat Musa a.s. Adam pun mendebat Musa a.s”.


Carilah Kebahagiaan Dalam Diri Sendiri, Bukan Di Sekitar dan Di Luar Diri Anda

Penyair Inggeris, Milton, berkata; “Fungsi dan sifat akal itu boleh membuat syurga menjadi neraka dan neraka menjadi syurga”.

Al-Mutanabbi berkata;

Orang yangberakal
Hidup susah dalam kenikmatan kerana akalnya.
Sementara orang yang bodoh dalam keadaan kesusahan
Dia berbahagia.





Bingkisan dari Buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran. Buku La Tahzan yang dikarang oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan