JANGAN BERSEDIH, NIKMATILAH APA YANG ANDA MILIKI WAKTU INI



Seorang pelaut terumbang-ambing di lautan teduh selama 21 hari. Tatkala selamat ia ditanya oleh orang ramai tentang pelajaran terbesar yang ia dapatkan dari peristiwa itu. Katanya: “Pengajaran terbesar yang dapat aku ambil dari pengalaman ini adalah: ‘Jika anda masih memiliki air yang bersih dan makanan yang cukup, tidak perlu bersedih.’”

Seorang yang bijak mengatakan: “Kehidupan hanyalah sesuap nasi dan seteguk air. Adapun selebihnya adalah suatu kelebihan yang tidak terlalu diperlukan.”

Ibnu Wardi mengatakan:

Kerajaan Kisra hanyalah bernilai sepotong roti dan lautan pun boleh menjadi dangkal tatkala surut.

Jonathan Swift – penulis Gulliber’s Travel – mengatakan: “Doktor yang paling baik di dunia adalah doktor diet, doktor ketenangan dan doktor riang. Mengurangkan makan dengan ketenangan dan kegembiraan adalah ubat paling mujarab, yang tidak perlu ditanyakan lagi.”

Ini kerana kegemukan adalah penyakit kronik dan perut buncit hanya akan menumpulkan otak, ketenangan adalah makanan lazat bagi hati dan pesta bagi jiwa. Sementara kegembiraan dan keriangan adalah makanan jiwa yang amat bermanfaat.

Pengajaran:

1. Bersyukurlah dengan setiap perkara yang ada pada kita walaupun hanya untuk seketika. Kerana kita merasainya dan mungkin orang lai tidak langsung mengetahui mengenainya.
2. Allah sentiasa Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua. Maka jangan khuatiri tentang apa yang tidak kita miliki sekarang, kerana ia mungkin yang paling kita sukai tetapi ia bukanlah yang terbaik untuk kita.
3. Bergembiralah dan senyumlah dengan setiap nikmat yang kita miliki kerana kita pasti akan menyesal apabila ia hilang dari diri kita jika tidak kita syukurinya.
4. Jagalah kesihatan tubuh kita, berdietlah, bertenang dalam setiap perkara dan sentiasa ceria dan gembira pada setiap masa, insyaAllah, itulah ubat harian kesihatan kita.




Bingkisan dari Buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran. Buku La Tahzan yang dikarang oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan