6 Perkara Penyebab Kita Keluar Dari Jalan Yang Benar

"Tunjukkilah Aku Jalan Yang Lurus"



Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Agung menciptakan manusia dari fitrah. Firman Allah di dalam Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat 30 yang bermaksud;

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah); (tetaplah di atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Erti fitrah Allah adalah ciptaan Allah. Manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama iaitu agama tauhid. Jika terdapatlah dikalangan kita yang tidak beragama dengan tauhid-Nya, maka itu tidak sepatutnya. Bagi mereka yang tidak beragama tauhid maka itu adalah disebabkan pengaruh atau warisan dari persekitarannya.

Sebahagian dari fitrah ini juga adalah mencintai kebenaran atau yang benar dan membenci penipuan atau olok-olokkan semata-mata. Bahawasanya, di dalam kebenaran itulah kemanisan dan ianya sangat bahagia untuk hati, manakala olok-olokkan adalah pahit bagi hati.


6 perkara yang menjadi penyebab kita boleh terkeluar dari jalan yang lurus adalah;

1. Kedegilan (Jahl) Terhadap Akidah Islamiyah.
2. Ketakutan (Khauf) Terhadap Tradisi dan Adat.
3. Tinggi Diri (Kibr) Dengan Apa Yang Dipunyai dan Memperkecilkan Orang Lain.
4. Perasaan Dengki Kerana Apa Yang Lebih Pada Orang Lain.
5. Sahabat Yang Tidak Baik. Kesilapan Memilih Sahabat Boleh Menjauhkan Kita Dari Jalan Allah.
6. Perbuatan Dosa Yang Patut Sentiasa Kita Fikirkan Dan Risaukan Berbanding Mengejar Kehidupan Yang Sementara.

Pohonlah keselamatan dari Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan