Program Iftar Jamaie ABIM Selangor

Gambar 1: Bersama ketika menerima hidangan moreh.


Alhamdulillah, pada 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadan 1430, ABIM Kuala Selangor dan Tanjung Karang telah bersama memeriahkan Program Iftar Jamaie ABIM Selangor di Pusat Pendidikan ABIM Klang, Meru (PPAK). Majlis yang dihadiri wakil dari ABIM Pusat saudara Raimi (Setiausaha Agung) telah berlangsung dengan jayanya dan berjaya menemukan ahli-ahli ABIM Selangor, WADAH Selangor dan PEPIAS. Perjalanan program bermula majlis berbuka sehinggalah sesi tazkirah bersama YDP WADAH Selangor, hadirin begitu komited dan bersama dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Semoga program-program ukhuwah sebegini dapat diteruskan dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mempereratkan hubungan antara 3 generasi di dalam gerakan ini iaitu ABIM-WADAH-PEPIAS. Semoga Allah merahmati usaha kita bersama.



Gambar 2:YDP WADAH Selangor, Ustaz Yusof Hassan.


Gambar 3: YDP ABIM Selangor, Ustaz Zawawi Ahmad Mughni


Gambar 4: Mendengar ucapan dari YDP ABIM Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan