YDP ABIM Kuala Selangor bersama Pelajar SMK Telok Panglima Garang


Gambar 1: YDP ABIM Kuala Selangor sedang menjalankan aktiviti pemecah bendungan.


Alhamdulillah, ana telah bersama ABIM Kuala Langat dalam melaksanakan Program IyaUnNahar Imarah Ramadhan ABIM Selangor bersama ABIM Kuala Langat pada 17 Ramadhan 1430 yang lalu. Perjalanan program lancar dengan penggerak di daerah tersebut disertai oleh adik-adik SYABAB Kuala Langat serta pelajar-pelajar tingkatan 6 SMK Telok Panglima Garang.


Apa yang diharapkan ialah, pengalaman ana sendiri bersama program di sana, ia akan dapat dilaksanakan di Daerah Kuala Selangor pada masa akan datang bagi menyediakan barisan pelapis di ABIM Kuala Selangor. Pergerakan di Kuala Selangor perlu direncana teliti dan memerlukan sokongan dan dokongan dari senior (WADAH) ABIM di Daerah Kuala Selangor. Sehingga ke hari ini, sokongan dan dokongan sangat positif, apa yang perlua adalah cita-cita (azam) dan perancangan yang rapi.


Ana akan bersama Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor pada 9 September ini sebagai komitmen untuk membantu pihak sekolah dalam melahirkan pelajar yang berkualiti dari segi peribadi, akademik juga sahsiah diri mereka. Ini antara pendekatan yang ana gunakan dalam proses mendekati dan mengadakan hubungan rapat dengan institusi pendidikan di Kuala Selangor. Moga diberkati Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan