USRAH 28 JUN 2010

Alhamdulillah, pada 28 Jun 2010, kami telah menjalankan usrah mingguan kami di rumah Tuan Haji Adnan Supardi di Taman Melawati Jaya Kuala Selangor. Kehadiran sebagaimana biasa dan kali ini tuan rumah telah menghidangkan makanan nasi Bukhari yang cukup enak. Memulakan usrah agak lewat memandangkan tuan rumah menghadapi kesesakan ketika pulang.

Usrah dimulakan oleh Cikgu Malik dengan bacaan ummul kitab al-Fatihah. Perbincangan dalam usrah kali ini, disamping menambahbaikkan hubungan silaturrahim adalah soal 'islah' solat. Cikgu Malik telah menjelaskan beberapa kekeliruan yang sering dilakukan oleh jemaah solat yang mana perbuatan tersebut tidak ada contoh atau petunjuk hadis mahupun mana-mana pandangan ulama'. Tindakan menambahkan perbuatan sebegini tidaklah membatalkan amalan, tetapi dikhuatiri akan mengurangkan pahala atau mungkin boleh menyebabkan tidak sah sekiranya ia dilakukan dengan keyakinan bahawa ia mesti dilakukan.

Perbincangan yang memakan masa hampir 1 jam itu juga berjaya merungkai beberapa perkara penting berkenaan memahami erti sebenar solat berdasarkan beberapa kitab atau buku yang baik,juga telah disarankan oleh Cikgu Malik. Selain itu, beberapa isu semasa turut dibincangkan sebelum berakhir dengan surah Al-Asr dan tasbih kafarah.

p/s: Terima kasih kepada tuan rumah sebab bekalkan cendawan untuk di bawa pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan