6 JULAI 2010: ISRAK DAN MIKRAJ


6 Julai 2010, Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor - Alhamdulillah, YDP ABIM Kuala Selangor sekali lagi dijemput bagi memenuhi aturcara kelas pengajian ibu-ibu di bawah anjuran KEMAS Parlimen Kuala Selangor. Tajuk yang diberikan pada kali ini adalah Israk dan Mikraj. Penerangan yang dilakukan alhamdulillah telah memberikan kefahaman dan sekali-sekala terdengar keluhan dan istighfar ibu-ibu apabila diperingatkan tentang peristiwa yang dilihat oleh Rasulullah ketika perjalanan Mikrajnya bersama Jibrail a.s.

Perbincangan dimulakan dengan menyorot kisah sebelum berlaku Israk dan Mikraj dan berakhir dengan satu sesi soal jawab bersama ibu-ibu yang hadir. Semoga kelas yang dianjurkan memberikan manfaat dan mengembalikan ingatan kepada setiap usaha dan pengorbanan Rasulullah s.a.w. Wallahua'lam.


SU Cawangan Kuala Selangor
6 Julai 2010
Kuala Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan