AGENDA KADERISASI BERMULA...


1 Julai 2010, UNISEL. Sebagaimana yang telah disepakati semasa Induksi Kepimpinan ABIM Kuala Selangor dan Tanjong Karang, Bengkel Kefasilitatoran GPTD UNISEL siri 1 telah berjaya dilangsungkan semalam. Kehadiran adalah seramai 15 orang. Bengkel disampaikan oleh Saudara Kamarul Azami selaku Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management. Bengkel yang memakan masa hampir 2 jam itu diharapkan akan dapat memupuk minat dan rasa tanggungjawab mahasiswa dalam mendepani isu-isu kemasyarakatan, khususnya dalam soal pembinaan belia dan remaja.


Kami di ABIM Kuala Selangor dan Tanjong Karang mengalu-alukan mana-mana pihak, sama ada masjid, sekolah atau JKKK untuk bekerjasama dengan ABIM bagi merealisasikan pembangunan masyarakat khususnya belia ke arah kehidupan yang syumul. Pembinaan belia seharusnya diberikan keutamaan dalam memastikan pengganti dan pewaris kepimpinan akan datang, adalah mereka-mereka yang berkaliber dan bersedia untuk memikul beban amanah itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan