BENGKEL PEMANTAPAN PRS


8 Julai 2010, Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. YDP ABIM Kuala Selangor, sekali lagi memenuhi undangan pertemuan untuk Bengkel Pemantapan PRS untuk sekolah tersebut. Sesi yang dimulakan lebih kurang pada jam 9.30 malam membincangkan tentang keupayan dan kemampuan ahli PRS ini untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan.

Aktiviti yang dimulakan dengan sesi 'ta'aruf' semula memandangkan PRS SMSKS menerima lebih kurang 10 orang ahli PRS baru. Aktiviti diselang-selikan dengan perbincangan dan permainan yang diperkenalkan untuk peserta mendapat tenaga dan terhibur.

Sesi berakhir dengan sedikit perkongsian daripada peserta dan pesanan akhir dari YDP ABIM Kuala Selangor sendiri. Bengkel bersurai pada jam 11.00 malam.



Setiausaha
ABIM Cawangan Kuala Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan