KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS


ABIM Selangor telah melancarkan Kempen 'Seorang Sekampit Beras' bagi menggalakkan sedekah amal jariah sebagai persiapan ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ia juga bertujuan antara lainnya untuk membantu fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan saudara baru dari aspek keperluan asasi seharian. Secara tidak langsung, kempen ini juga memberi ruang dan peluang kepada mana-mana umat Islam di Malaysia untuk membayar fidyah atau menzakatkan keuntungan perniagaan mereka.

Kepada sesiapa yang berminat untuk memberikan sumbangan boleh layari laman web yang tertera pada blog ini atau terus menghubungi sekretariat ditalian 03-55118994.




Kuala Selangor
20 Julai 2010M bersamaan 8 Syaaban 1431H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan