LANGKAH MULA; MENUJU PUNCAK KECEMERLANGAN


25 Julai 2010, Sungai Gulang-gulang Tanjong Karang - Program Menuju Puncak Kecemerlangan atau PMPK 2010 telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Masjid Jamek (baru) Sungai Gulang-gulang. Program yang bermula pada 23 Julai 2010 telah medapat persetujuan dan kerjasama sepenuhnya dari Jawatankuasa Masjid Jamek Sungai Gulang-gulang.

Program yang dibantu oleh fasilitator baru dari kalangan pelajar UNISEL iaitu Nurulhafizah, Raudhah, Ain, Johari, Khairul Anuar, Mohd Anuar dan Akmal ini berlangsung dengan jayanya dan diharapkan dapat memberikan kesan positif kepada peserta yang hadir. Objektif utamanya ialah untuk membantu peserta menetapkan matlamat serta halatuju yang jelas sebagai pelajar dan Muslim dalam kehidupan mereka. Program yang disusun dan diselia oleh Yang Di Pertua ABIM Kuala Selangor ini bermula dengan satu sesi induksi di UNISEL pada 21 Julai 2010.

Semoga usaha ini berterusan dan mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan