MENJADI KHALIFAH DI MUKA BUMI ALLAH


10 Julai 2010, Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang - YDP ABIM Kuala Selangor telah dipelawa untuk memberikan ceramah bertajuk 'Menjadi Khalifah Di Muka Bumi Allah'. Jemputan diterima melalui kelompok Akademi Fasilitator (AF) di bawah seliaan Chosen One Management. Jemputan pada saat akhir untuk menggantikan penceramah yang tidak dapat hadir atas sebab kesihatan dapat diisi dengan baik oleh YDP sendiri.

Perbincangan tentang soal khalifah, kriterianya dan peranan membawa peserta untuk berfikir tentang tanggungjawab mereka selepas bergelar pelajar tingkatan 5. Peserta juga dikongsikan tentang pengalaman belajar dan keadaan realiti yang berlaku diluar dari kawasan sekolah mereka. Suasana ini diharapkan dapat membangkitkan kesedaran dan keinsafan peserta untuk menjadi khalifah yang jauh lebih baik.

Tamat sesi ini pada jam 10.00 pagi, dan ABIM Kuala Selangor mendapat respon yang baik dari guru penyelaras di sana untuk bersama membina dan berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar di sana. Semoga usaha murni ini Allah lorongkan dengan niat yang ikhlas dan komitmen untuk membina generasi rabbani di Kuala Selangor.


Setiausaha
ABIM Cawangan Kuala Selangor
11 Julai 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan