SAMBUTAN HARI BELIA SELANGOR


9 Julai 2010, Kuala Selangor - Sambutan Hari Belia Negeri Selangor telah dijalankan di sini bermula 9 Julai sehingga 11 Julai 2010. Bagi tahun 2010, Kuala Selangor telah menjadi pilihan sebagai tuan rumah sambutan. Persiapan yang dijalankan alhamdulillah berjalan lancar dan segala usaha yang jitu telah ditunjukkan oleh Majlis Belia Selangor dan dipengerusikan oleh Cikgu Zamri yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Selangor.

Antara aktiviti yang dilangsungkan termasuklah perkhemahan pengakap peringkat negeri Selangor dan juga sambutan Israk Mikraj, solat hajat dan doa untuk Palestin. Perubahan dari bentuk sambutan belia ini sangat dialu-alukan oleh ABIM Selangor dengan tema pendidikan yang diketengahkan oleh pihak Majlis Belia Selangor.

Pelbagai lagi aktiviti lain yang dijalankan bertujuan untuk melibatkan lebih ramai belia dan remaja khususnya di sekitar Kuala Selangor. Seminar kerjaya, pameran-pameran agensi kerajaan juga aktiviti lain juga diketengahkan. Namun, pendekatan kerohanian yang cuba ditonjolkan oleh pihak MBS kurang menampakkan sokongan daripada gabungan belia yang lain. Kami diperingkat ABIM Kuala Selangor memohon kemaafan keran komitmen yang kurang menyerlah dan tidak jitu. Harapan kami pada masa hadapan, pergerakan belia ini dapat dimantapkan, dan kami diperingkat ABIM Cawangan Kuala Selangor akan memberikan komitmen yang sepenuhnya, jika usaha yang dilakukan selari dengan perintah Allah s.w.t.


Setiausaha
ABIM Cawangan Kuala Selangor
11 Julai 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan