TIDAK MUDAH UNTUK MENJADI CONTOH


27 Julai 2010, Bandar Baru Kuala Selangor - Tidak mudah menjadi contoh merupakan tema perbincangan pertemuan kali keempat YDP ABIM Kuala Selangor bersama pembimbing rakan sebaya Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Sesi kali ini dimulakan pada jam 8.30 malam dengan pembukaan oleh YDP sendiri.

Kemudian, pelajar dijelaskan tentang 2 tugasan yang perlu mereka lakukan akan datang. Pertama, pembentangan isi kandungan buku serta aktiviti simulasi yang merangkumi 5 aspek iaitu kepimpinan, motivasi, jatidiri, penghayatan Islam serta kemahiran belajar.

Seterusnya aktiviti diteruskan dengan penerangan tentang persiapan untuk aktiviti simulasi dan diakhiri dengan aktiviti Comm 1. Plot akhir perbincangan kali ini adalah pada artikel yang bertajuk 'Tidak Mudah Untuk Menjadi Contoh' (semak di blog http://kamarulazami.blogspot.com). Antara peringatan besar kepada peserta dalah pentingnya menjadi contoh dikalangan rakan-rakan di sekolah dan menjadi ejen dalam memastikan keselamatan dan kesedaran dikalangan rakan di sekolah.

Sesi ditamatkan jam 10.30 malam.




Kuala Selangor
28 Julai 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan