IJTIMA' HARAKIY WADAH-ABIM-PKPIM


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan menganjurkan Muktamar Sanawi ke-39 pada 8 Ogos 2010, di Kolej Darul Hikmah, Sungai Ramal Dalam Kajang. Muktamar ini diadakan sempena dengan Ijtimak Harakiy Wadah Pencerdasan Umat (Umat), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang akan diadakan mulai 6 Ogos ini.

Antara pengisian yang akan dijalankan sempena dengan ijtimak ini ialah Majlis Jamuan Makan Malam serta Perlancaran buku Koleksi Ucapan Dasar Mantan-mantan Presiden ABIM pada 6 Ogos 2010. Ia diikuti dengan Seminar Maqasid Syariah pada 7 Ogos 2010 di German Malaysian Institute di Bangi, Kajang.

Sebarang pertanyaan serta kesulitan yang timbul, sila berhubu dengan Sekretariat di talian 03-4108 4500 atau 016-208 1300(Pn.Junaidah)/ 013-380 3207(Pn. Hilwah)/ 016-215 6300 (Pn. Aidil) atau melalui email ( ijtimakharakiy@gmail.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan