MAJLIS IHTIFAL 2010


31 Oktober 2010, Kuala Selangor - Taski ABIM Daerah Kuala Selangor julung-julung kalinya telah mengadakan Majlis Ihtifal 2010 bertempat di Dewan Sebarguna Rumah Tunas Harapan Tunku Ampuan Rahimah Kuala Selangor. Majlis yang dihadiri ibu bapa kepada hampir 40 orang pelajar ini berlangsung dengan meriah dan menggalakkan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada pengerusi majlis dan seterusnya dirasmikan oleh Saudara Kamarul Azami bin Mohd Zaini, YDP ABIM Kuala Selangor. Majlis berjalan lancar dengan beberapa persembahan serta penyampaian hadiah yang disampaikan oleh beberapa orang tetamu jemputan.

Penganjuran majlis ihtifal ini memberikan beberapa idea kepada ABIM Kuala Selangor untuk lebih giat melaksanakan tugas dakwah serta memberikan impak yang positif di dalam masyarakat. Di dalam ucapan perasmian YDP ABIM Kuala Selangor menegaskan, institusi keluarga amat memainkan peranan dalam usaha memastikan anak-anak terus berada di dalam suasana kehidupan yang islami dan terkawal dari bahaya anasir serta budaya luar.

TASKI-ABIM secara tidak langsung telah memberikan pendedahan yang wajar untuk mereka gunakan pada masa akan datang. Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa juga untuk memastikan apa yang mereka pelajari diamalkan dan menjadi sebahagian daripada cara hidup anak-anak mereka.


ABIM Kuala Selangor

1 ulasan:

  1. Salam..terima kasih kepada pihak WEBMASTER kerana menyediakan beberapa contoh kertas kerja untuk dimanafaatkan bersama..mohon kerjasama agar kertas kerja ini saya gunakan untuk program masjid kami..(IMAM MUDA)

    BalasPadam