BENGKEL BELAJAR BERUCAP DI SAM TANJONG KARANG


18 Safar 1432 bersamaan 23 Januari 2011. Alhamdulillah, ABIM Kuala Selangor memulakan langkah dalam usaha kerja dakwah yang perlu dilaksana bagi memastikan ia tidak segan-segan dan tidak pula dilupakan oleh generasi-generasi yang baru.

Pada jam 9.00 pagi, YDP ABIM Kuala Selangor bersama pembantu latihannya saudata Johari Hamzah telah bersama pelajar-pelajar (kepimpinan) SAM Tanjong Karang untuk satu bengkel yang diberi nama Bengkel Belajar Berucap. Bengkel yang berakhir pada jam 12.00 tengahari itu menampakkan hasil yang baik dan dapat memberikan gambaran tentang apakah yang patut diberikan keutamaan dalam melahirkan lebih ramai kepimpinan yang berkaliber pada masa akan datang.

Perbincangan kami bukan hanya sekadar melibatkan peserta, malah, pertemuan dengan pendidik yang prihatin serta rasa tanggungjawab untuk membina diri pelajar ini memberikan kami lebih semangat dan idea untuk terus berada di dalam kerja dakwah ini dan melakukannya pada kadar yang jauh lebih baik dan positif. Terima kasih atas ruangan dan peluang yang diberikan oleh pihak sekolah khususnya Cikgu Hanizah yang tidak berhenti-henti memikirkan apa lagi yang perlu dibuat untuk pelajar-pelajarnya. Moga Allah s.w.t. curahkan keberkatan kepada segala usaha yang dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan