MAJLIS IHTIFAL TASKI ABIM DAERAH KUALA SELANGOR


30 Oktober 2011, Bandar Baru Kuala Selangor - Seramai lebih kurang 30 orang pelajar Taski ABIM Daerah Kuala Selangor diraikan pada Majlis Ihtifal Taski ABIM Daerah KUala Selangor yang telah berlangsung ringkas di Dewan Tan Sri (Dr) Haji Abu Hassan Omar. Ibu bapa turut sama hadir memeriahkan majlis yang merupakan aktiviti tahunan Taski ABIM Daerah Kuala Selangor.

Majlis yang dipengerusikan oleh Muiz Adnan, memulakan majlis pada jam 8.30 pagi dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Saudara Kamarul Azami bin Mohd Zaini, Setiausaha ABIM Selangor yang juga merupakan YDP ABIM Daerah Kuala Selangor. Beliau sempat memberikan beberapa pesanan tentang cabaran dan peringatan pada akhir zaman ini yang merupakan zaman penuh dengan pancaroba yang perlu disediakan oleh ibu bapa itu sendiri.

Beliau juga mengharapkan agar, ilmu agama yang diterapkan di Taski ini akan dapat dikekalkan amalannya sepanjang mereka berada di rumah dan di mana sahaja apabila mereka bersama ibu bapa mereka. Mereka adalah tuaian ibu bapa untuk hari di mana tiada pembantu untuk kita.

Majlis disusuli dengan beberapa persembahan dari anak-anak pelajar diserikan pada akhirnya dengan majlis penyampaian hadiah oleh Pengerusi Taski kepada pelajar-pelajar cemerlang dan tamat pada jam 11.00 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan