Bermusafir Meninggalkan Kampung Halaman


Pesanan Imam Syafi'i dalam bermusafir, tinggalkanlah kampung halaman kita. Musafir ini bermakna berpergian kita dari tempat asal kehidupan kita. Tempat tinggal kita. Tempat tinggal yang kita kasihi dan sayangi. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

“Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).’” (At-Taubah: 24)

Perintah Allah s.w.t. untuk meninggalkan biara kesenangan ini adalah satu tuntutan jihad untuk kita semua. Nasihat Imam Syafi'i katanya, janganlah kita gusar jika meninggalkan sanak-saudara atau rumah atau kesenangan itu kerana minyak ambar yang kita gunakan haruman itu adalah datangnya dari hasil binatang dan sahaja. Jika tidak terpisah ia dari binatang tersebut maka ia tidak akan dicintai sebagai minyak ambar. Celak mataitu datang nya dari batuan ditepi jalanan, tetapi dapat mengatasi kelopak dan bulu mata apabila meninggalkan tepian jalanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan