BERMUSAFIR TUNTUTAN KEIMANAN


BERMUSAFIR TUNTUTAN KEIMANAN

Menurut Imam Syafi'i melalui wasiatnya, manusia yang berakal dan berpandangan jauh ialah mereka yang kekal tinggal di sesebuah tempat. Bagi mereka, bermusafir pula adalah sebahagian daripada waktu rehat di dalam kehidupan mereka. Maka, pergilah bermusafir kerana dengannya kita akan merasai nikmatnya kehidupan setelah bekerja keras di dalam kehidupan kita.

Imam Syafi'i menyebutkan, beliau melihat tasik yang tenang dan tidak mengalir. Ia membusuk dan seolah-olah mati. Begitu juga kita sebagai manusia, apabila berada hanya di sebuah tempat tanpa meninggalkannya, akhirnya kita menjadi seperti air yang membusuk serta tenaga dan usaha dakwah tidak mengalir kepada orang lain, ilmu tidak dikembangkan, pengalaman tidak bertambah.

Cuba kita bayangkan, bagaimana singa akan dapat membaham mangsanya jika ia tidak meninggalkan sasarannya. Bagaimana pula anak panah akan mengenai sasaran jika ia tidak meninggalkan busurnya? Cuba kita bayangkan, bagaimana perasaan kita jika matahari berhenti tetap tidak bergerak di tengah langit, pastinya kita sebagai manusia akan berasa jemu dan berasa kepanasan srta kemarau. Kata Imam Syafi'i lagi, jika kita meninggalkan tempat kelahiran kita itu, kita akan memperoleh kedudukan yang mulia di tempat yang baru dan kita umpama emas yang sudah disepuh serta tinggi nilainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan