CERAMAH YANG DI PERTUA ABIM KUALA SELANGOR


7 Januari 2012 bersamaan 13 Safar 1433h, Sabak Bernam - Yang Di Pertua ABIM Kuala Selangor telah menerima undangan berceramah di Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam. Jemputan disampaikan oleh pihak Rakan Pusat Islam PSIS yang diterajui oleh Ustaz Azli.

Ceramah ini lebih bertujuan untuk membuat sedikit gambaran awal mengenai program yang akan dianjurkan oleh Rakan Pusat Islam PSIS sendiri. Ia mengumpulkan hampir 40 orang pelajar terpilih yang mana mereka ini merupakan pelajar-pelajar Islam yang menjadi tunggak dan harapan PSIS.

Ceramah berlangsung lebih dari 1 jam 30 minit dengan disusuli sesi soal jawab dan perkongsian. Apa yang telah beliau sampaikan adalah mengenai pemahaman dan penghayatan peranan sebagai hamba dan khalifah di atas muka bumi Allah s.w.t. Penyampaian beliau memberangsangkan dan mudah-mudahan berjaya membakar semangat serta perasaan kuat untuk terus melakukan amal kebaikan di dunia sebagai bekalan di akhirat.

Kami di ABIM Kuala Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PSIS khususnya RPI PSIS serta Ustaz Azli atas kepercayaan yang diberikan untuk menyampaikan ceramah tempoh hari. Semoga segala usaha yang dijalankan diberkati Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan