KELEBIHAN BERMUSAFIR


Banyaknya kita bermusafir, adalah untuk mendapat kemuliaan melalui 5 kelebihannya. Menurut Imam Syafi'i, melalui bermusafir itu, akan menghilangkan kesedihan. Apabila di dalam perjalanan itu kita dapat melihat keindahan serta kekuasaan Allah s.w.t. dan menginsafi akan kekerdilan diri sebagai manusia. Maka, kita akan melihat kesusahan kitahanya sedikit berbanding orang lain.

Bermusafir juga mampu membantu kita untuk memulakan hidup yang baru. Menilai diri serta bermuhasabah atas kesalahan dan kelemahan dalam kehidupan. Ada juga dikalangan kita yang bermusafir kerana menginginkan ilmu untuk kehidupan. Ilmu tidak datang di dalam kelas-kelas pengajian yang statik tetapi ia akan lebih jelas dan indah apabila dilihat, diamal serta dihayati dengan kebesaran Allah s.w.t..

Apabila banyak kita berjalan, maka luaslah pemandangan. Banyaklah perkenalan dan bergaul dengan ramai manusia yang kita jumpai. Belajarlah darinya melalui peragai dan ragam mereka. Sekaligus itu akan menguatkan jiwa kita apabila pengalaman dan ilmu berjaya di satukan. Mudah-mudahan, niat kita bermusafir akan lebih bermakna dan membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan