KISAH BUAT PENGAJARAN


Semoga kisah yang dipaparkan ini dapat mendidik dan memperbaiki diri dalam bermu'amalah dengan kanak-kanak (kerana seringkali melihat kanak-kanak tidak dipedulikan pendapatnya...)


Anas ibn Malik R.A merupakan antara sahabat kanak-kanak Rasulullah SAW. Beliau menjadi pembantu kepada Baginda SAW sejak umurnya kanak-kanak.

"Aku menjadi pelayan Nabi SAW selama sembilan tahun...Beliau tidak pernah memarahiku jika aku bersalah...dengan berkata 'kenapa engkau berbuat begini' atau jika aku lupa..'kenapa engkau tIdak kerjakan begini atau begitu'..." (aw kama qal, 2139: Shahih Muslim, Jil 4).

Satu hari, apabila Rasulullah SAW menyuruh Anas ke pasar untuk membeli sedikit keperluan... Anas kebetulan bertemu dengan kanak-kanak yang sedang bermain-main di pasar (ketika itu, Anas juga seorang kanak-kanak). Tiba-tiba ar-Rasul SAW datang dan mengusap belakangnya. Anas memandang kepada Rasulullah SAW,

"Wahai Unais... (Unais, Anas kecil), sudahkah engkau lakukan apa yg aku suruh?"

"Sudah.." jawab Anas. Rasulullah SAW senyum....malah Baginda tidak pernah memarahinya...(Riwayat Anas R.A)


Sebagai tanda kasih Baginda, Anas dihadiahkan dengan tongkat. Anas ibn Malik berkata..."kuburkan aku bersama tongkat ini nanti..."

Anas ibn Malik rindukan panggilan 'Unais' itu. "Aku mahu sangat Rasulullah SAW memanggil aku dengan nama 'Unais' apabila dibangkitkan kelak".


Tiada ulasan:

Catat Ulasan