PERBINCANGAN


Oleh Cikgu Mohd Abdul Malik Samiin

* Aktiviti usrah telah dimulakan dan didahului oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.
* Ia pada awalnya dijalankan secara sembunyi-sembunyi sebelum Islam disebarkan dengan secara meluas.

* Antara penyakit-penyakit 'futur' adalah berasa seronok jika tidak hadir ke usrah.
* Usrah adalah rangkaian yang akhirnya membentuk sebuah jamaah. Kerana itu usrah perlu disusuli dengan usrah gabungan dan menghasilkan usrah umum.

* Usrah adalah tunjang pengukuhan jamaah yang mesti dibugarkan.
* Setiap ahli jamaah perlu membaca dan mendalami Rasalah Ta'alim dan perlu disesuaikan dengan ruang lingkup dakwah di Malaysia.

* Selain itu, sebagai ahli ABIM, ucapan dasar presiden juga perlu diulangbaca sebagai usaha memahami manhaj dakwah ABIM sendiri.

* Perlu juga bersama untuk mendalami Al-Quran serta hidup di dalam jamaah. Ini menjadi kesepaduan ABIM dan terasnya adalah keilmuan.

* Bagi seorang pendakwah sejati, dan ahli ABIM, hidupnya adalah kerja dakwah. Dia tidak akan berasa senang jika tidak melakukannya.

* Maka, kita perlu mencari anasir baru bagi membentuk generasi baru. Ini adalah sebahagian hasil yang perlu dibangunkan.

* Perkara penting yang harus diingat bahawa usrah tidak diwarisi, tetapi dibina dan dibentuk.

Semoga menjadi manfaat untuk kita perbaiki diri kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan