JANGAN BERLENGAH-LENGAH

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini



Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Siapa yang melambat-lambatkan amalannya, keturunannya tidak akan bersegera untuknya.”

Itulah pesanan yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w. supaya kita sentiasa menyegerakan setiap amalan dalam kehidupan harian kita. Menurut syarah di dalam Sahih Muslim, bersegera untuknya bermaksud usaha untuk menampung kekurangan amalannya itu.

Keutamaan diberikan kepada kita sendiri untuk melakukan amalan kehidupan itu secara yang terbaik. Segera dan tidak bertangguh. Tambahan pula, apabila jangka hayat hidup kita tidak ketahui bila akan bertandang. Ini menyebabkan, segala amanah dan amalan kebaikan itu perlulah dilakukan pada kadar yang sesegera mungkin. Menurut sumber dari kita ‘Aunul M a’bud karangan Abu al-Tayyib Muhammad Syams al-Haqq bin Amir ‘Ali bin Maqsud ‘Ali al-Siddiqi al-‘Adzim Abadi yang merupakan kitab syarah dari Sunan Abu Daud, seseorang yang amalan buruknya menyebabkan penangguhan dan pengabaian amalan baik, maka keturunannya tidak akan dapat memberikan manfaat di akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan