MUSAFIR - NIAT BERMUSAFIR


Maka bermusafirlah dengan niat yang kuat dan membara. Untuk memburu pengetahuan dan ilmu pembelajaran dari Allah s.w.t.. Apabila kita bertemu dengan mereka yang tidak cerdik, maka bertukar-tukar fikiranlah agar menjadi sempadan buat diri yang terkadang merasai diri terlalu mulia dan dipandang tinggi. Namun, jika kita bertemu pula dengan mereka yang bijak pandai, maka mintalah nasihat dari mereka dan contohilah diri mereka dan pelajarilah sesuatu dari mereka. Semoga ia akan menjadi kebaikan buat kita. Maka bermusafir ini biarlah niat belajar hanya kerana Allah s.w.t. kerana DIA yang memberikan keizinan untuk kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan