MEMBINA 8 GOLONGAN

Catatan dari sebuah program ilmiah, forum anti hina nabi di Masjid Negeri Shah Alam yang dihadiri oleh ribuan umat islam, antara ahli panelnya Ustaz Mohamad program usrati @ tv9 menyatakan ada 8 golongan yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w.:
  1. kebijaksanaan pemimpin
  2. keilmuan orang alim
  3. harta orang kaya
  4. doa ahli ibadah
  5. peluh golongan pekerja
  6. kesungguhan para daie
  7. darah para mujahid
  8. rahim wanita yang soleh
Oleh sebab itu, ketika jatuhnya tamadun islam,
  1. pemimpin hilang kebijaksanaan.
  2. ulamak yang tidak mengajar ilmu dengan betul.
  3. orang kaya yang kedekut.
  4. ahli ibadah yang tidak berdoa untuk kesejahteraan umat.
  5. pekerja yang malas.
  6. pendakwah yang tidak bersungguh-sungguh.
  7. pejuang yang penakut.
  8. para wanita yang tidak membentuk keluarganya untuk islam.
Mari kita muhasabah diri kita. Bersama membina 8 golongan untuk membina kekuatan agama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan