PEMBERDAYAAN UMAT

Perbincangan mengenai pemberdayaan umat adalah berkenaan mengembalikan daulat keinsanan rakyat. Perbincangan tajuk ini berdasarkan buku Islam dan Melayu. Tajuk ini mengetengahkan isu membangkitkan umat melalui usaha-usaha islah dan tajdid. Maka, penulis, Ustaz Siddiq Fadil menjelaskan, ia perlu melalui dua dimensi iaitu usaha pengakaran semula kepada nilai ketuhanan berwahyu atau al-ta'sil serta al-tahdith atau pembaharuan dan pengemaskinian sesuai dengan realiti masa kini dan kemungkinan masa depan.

Pandangan dunia Islam telah mengangkat martabat kemelayuan yang dicatatkan dalam satu rumusan ringkas catatan tradisional;

Bergantung kepada yang Satu
Berpegang kepada Yang Esa
Tuah hidup sempurna hidup
Hidup berakal mati beriman
Malang hidup celaka hidup
Hidup tak tahu halal-haram


Daya kekuatan insan ini mula timbul melalui kesedaran mengenai martabat keinsanan. Maka secara automatik dan dengan izin Allah nilai-nilai Islami itu menyerap masuk ke dalam diri Muslim seperti mentaati pemimpin dan sebagainya. Kemudian nilai ini hadir bersama tradisi keilmuan melalui kefahaman agama, dan kehidupan yang disinari cahaya wahyu dan sunnah Rasul serta khulafa' ar-rasyidin.

Maka penulis menukilkan kekusutan dan kerisauan yang berlaku dalam pendidikan hari ini. Krisis pendidikan masa negara jiran dan rantau negara maju kini, telah melahirkan generasi yang tidak mahu bersekolah dan merasakan bahawa sekolah akan merosakkan pemikiran anak-anak. Ini kerana pendidikan kini sudah menjadi pentas berpolitik dan dikomersialkan. Maka penulis mencadangkan agar, sistem pendidikan ini melakukan misi tahrir-tanwiriy (pembebasan-pencerahan) semula walaupun telah berlaku pada era 70-an dan 80-an.

Penulis juga mengetengahkan perbincangan mengenai gejala pembodohan pemikiran rakyat yang dijelaskan beliau dalam satu catatan rintihan penulis bernama Rendra dalam puisinya Doa di Jakarta;

Tuhan yang Maha Esa
Alangkah tegangnya
Melihat hisup yang tergadai
Dikiran yang difabrikkan
Dan masyarakat yang diternakkan


Maka, usaha memberdaya umat ini perlu juga datang dari sudut institusi kerakyatan dan rakyat perlu dikeluarkan daripada jaman eden atau zaman kegilaan. Banyak lagi cadangan pemberdayaan yang perlu dilakukann dan sebagai Muslim, islah ini perlu dibuat segera selagi nyawa dikandung badan, jika kita kasih dan sayangkan umat kita, anak-anak generasi kita seperti sayangnya Ar-Rasul kepasa umatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan