ALLAH HAMPIR DENGAN KITA


'Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.' (Al-Baqarah :186)

Allah sentiasa bersama kita pada setiap saat sama ada kita berada di dalam keadaan sedar atau tidak. Kita mungkin lupa, lalai atau terleka, tetapi ia tidak berlaku pada Allah, pemilik langit dan bumi, dunia dan akhirat. Allah telah memberikan pesanan bahawa setiap apa yang dipinta akan diperkenankan tetapi, hendaklah kita menyahut seruan Allah s.w.t dan mestilah beriman kepadanya, ini petanda diri manusia itu akan menjadi baik dan betul.

Suasana hari ini, dengan kebejatan akhlak pemuda, keruntuhan sosial pemudi, kucar-kacir politik yang mengetengahkan pelbagai keburukan dan kerosakan akhlak, pecah amanah dan sebagainya, tiada siapa yang dapat menilai dan tiada siapa yang lebih mengetahui melainkan Allah s.w.t. Maka, dengan terhadnya keupayaan manusia ini, maka petunjuk Allah s.w.t adalah keutamaan yang perlu dicari, dan ia datang kepada hambanya yang benar-benar beriman.

Berdoalah dan memohonlah dari DIA sang pemilik dunia dan seluruh isinya. Maha Mengetahui setiap apa yang terzahir dan tersembunyi. DIAlah yang Maha Pengkarya kehidupan manusia, menyusun dengan sebaik-baik susunan.

Daripada Anas r.a. berkata, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;

Allah Ta'ala berfirman: "Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan