BERBISIK YANG BAIK

PRU13 mengundang pelbagai maklumbalas ummat dalam menentukan halatuju kepimpinan negara pada masa yang mendatang. Maka lahirlah dari bisikan-bisikan mereka yang menyebut tentang keburukan dan kelemahan orang lain sehunggakan yang disebut itu tidak pasti kebenarannya dan adakah ia wajar disebarkan.

Kuasa politik adalah salah satu cara untuk memenuhi amanah sebagai khalifah tetapi usah dilupa hak sesama manusia apatah lagi apabila berkaitan dengan Muslim. Kekuatan ummat bukan bergantung kepada kuasa politik, tetapi adalah bergantung sebesar mana redha Allah kepada ummat itu. Maka, marilah kita saling mengingatkan teman-teman mengenai firman Allah s.w.t yang bermaksud;

'Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.' (Al-Nisa' 4:114)

Mari wahai anak muda laksanakan tanggungjawab mengundi, tetapi dalam melaksana tanggungjawab tersebut, sentiasalah mengungkap kata-kata baik, buat baik, fikir baik serta damaikan ketegangan usah biarkan ia berlarutan. Apabila puak yang ingin didamaikan menolak, maka berpihaklah kepada yang menurut perintah Allah, jika tidak usahakan, ajak atau kalau perlu berkeras untuk mereka kembali ke dalam barisan ummat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan