PERBANYAKKAN MENGINGATI ALLAH

'Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.' (Al-Baqarah 2:200)

Kebaikan di dunia adalah impian kita semua. Inginkan kehidupan aman dan selesa. Malangnya, ada sebahagian kita sehingga sanggup memuja dan memuji ahli dikalangan kerabat mereka. Semata-mata mengharapkan balasan manusia itu semata-mata. Memuji mereka tidak ikhlas dan membiarkan kesilapan mereka tanpa dibetulkan.

'Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".' (Al-Baqarah 2:201)

Inilah doa yang kerapkali kita baca selepas selesai solat mengharapkan kebaikan dunia dan akhirat. Doa disusuli dengan perbuatan, kerana setiap tawakal itu perlu diikuti dengan usaha. Jika ingin berjaya di dunia, maka penuhilah dengan ilmu, jika inginkan kebahagiaan di akhirat juga dengan ilmu, apatah lagi ingin kedua-duanya pastilah dengan ilmu.

'Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.' (Al-Baqarah 2:202)

Yang Dipertua ABIM Cawangan Kuala Selangor
Ulangsiar: 7 Syawal 1436H / 23 Julai 2015M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan