BENGKEL PENYELARASAN DAKWAH DAN MUKTAMAR ABIM KUALA SELANGOR & TANJONG KARANG KALI KE 30

14 Syaaban 1434H, Bestari Jaya - Bengkel Penyelarasan Dakwah menjadi pilihan pimpinan ABIM Cawangan Kuala Selangor dan Tanjong Karang bagi membuka tirai persidangan muktamar buat kali yang ke 30 bagi tahun 2013 (23 Jun). Ia melihat kepada keperluan untuk terus bergerak di dalam masyarakat sebagai ejen dakwah, memberikan nasihat dan peringatan serta pendidikan untuk mengembalikan ummat kepada Allah s.w.t.

Bengkel berlangsung dalam 2 sesi di mana dalam sesi yang pertama, peserta dijelaskan tentang objektif, peranan dan kesan jika mereka melibatkan diri di dalam usaha murni ini. Penyertaan adalah dari kalangan pelajar UNISEL. Sesi yang kedua peserta berbengkel untuk membentangkan perancangan dan sasaran mereka dalam usaha dakwah yang akan mereka jalankan bermula 23 Jun 2013 sehingga 23 Jun 2014 (setahun). Bengkel berakhir dengan penubuhan Skuad Penyelarasan Dakwah ABIM atau Skuad PDA dengan 3 unit penggerak iaitu unit sekolah, masjid dan IPT.

Pada sebelah petang, muktamar berlangsung dengan memberangsangkan dengan juga dihadiri oleh wakil adik-adik PEPIAS serta dirasmikan oleh Penolong Setiausaha ABIM Selangor, Saudara Afif bin Kasno. Struktur kepimpinan ABIM Kuala Selangor dan Tanjong Karang tidak banyak berlaku perubahan dan kebanyakannya kekal sebagai pimpinan untuk sesi 2013 - 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan