DAKWAH DALAM KEMAHIRAN PERUNDINGAN

26 Sya'aban 1434H, Bestari Jaya Selangor - Bersamaan 6 Julai 2013, ABIM Daerah Kuala Selangor sekali lagi bersama IQ Class Management, melanjutkan bengkel yang diberi nama Skuad Penyelarasan Dakwah ABIM siri yang kedua. Kali ini, peserta diberikan carta aliran bagaimana untuk mendekati kelompok-kelompok yang ingin dilibatkan di dalam kerja-kerja kesukarelaan sosial mereka.

Peserta juga dijelaskan tentang persiapan yang perlu dibuat serta perkongsian pengalaman mengenai respon kelompok yang bakal mereka temui nanti. Pada masa yang sama, Saudara Kamarul Azami selaku pengendali bengkel yang mengingatkan, persiapan yang paling penting adalah memahami kertas cadangan yang ingin dibentangkan dan membuat persiapan rapi tentang apa sahaja persoalan yang mungkin timbul dalam pertemuan-pertemuan yang dibuat.

Bengkel berakhir dengan penetapan tarikh untuk tindakan serta beberapa persoalan yang timbul untuk diberi perhatian. Bengkel bermula jam 10.00 pagi dan tamat jam 12.00 tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan