KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS DAN SANDANG RAYA 1434H

Ramadan kembali lagi. Sudahkah kita bersiap untuknya?


ABIM Selangor dengan kerjasama ABIM cawangan seluruh negeri Selangor telah melancarkan satu usaha untuk menambah kebaikan dan kerja-erja kebajikan sempena menyambut Ramadan Al-Mubarak 1434H serta Syawal 1434H. Segalanya dirangkumkan di dalam bulan yang mulia bulan Ramadan.

Kempen Seorang Sekampit Beras serta Sandang Raya merupakan projek pengumpulan sumbangan dari warga kota yang berpendapatan tinggi atau yang berhasrat untuk membantu fakir miskin serta golongan yang memerlukan bantuan makanan serta pakaian untuk dipakai pada hari raya akan datang.


Sesiapa yang berminat untuk menyumbang atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh memuat turun borang sumbangan Seorang Sekampit Beras atau Sandar Raya dan boleh juga menghubungi ABIM Daerah Kuala Selangor ditalian 012-689 1738.

"Sesungguhnya apabila orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amalnya dengan rezeki di dunia. Adapun orang Mukmin, maka pahala kebajikannya disimpan Allah s.w.t untuknya di akhirat serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan