PROJEK DAKWAH: MAHASISWA PERLU KE MASYARAKAT

14 Sya'aban 1434H, Bestari Jaya Selangor - Bersamaan 23 Jun 2013, ABIM Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama IQ Class Management telah bersama pelajar UNISEL yang diwakili oleh ahli-ahli GPTD UNISEL dan PPMU UNISEL. Bengkel ini merupakan bengkel bersiri dalam usaha pihak penasihat persatuan mereka untuk memberikan nilai tambah kepada ahli persatuannya.

Antara lainnya, peserta diberikan ruang untuk melaksana tugas menghampiri masyarakat melalui 3 sasaran utama iaitu sekolah, masjid dan kelompok pelajar mahasiswa dari IPT yang lain. Bengkel ini memberikan ruang kepada peserta memenuhi 3 matlamat utama iaitu; secara peribadi, mereka akan dapat meningkatkan kemahiran sosial serta keyakinan diri mereka, disamping mereka juga akan mengetengahkan UNISEL sebagai universiti yang tinggi nilai sosial bukan sahaja dalam hal akademik serta memberikan maklumbalas kepada masyarakat tentang bagaimana untuk generasi bakal pemimpin ini dapat membantu menyelesaikan atau bersama dalam masyarakat dalam hal-hal pembangunan masyarakat.

Sasaran utama pelan tindakan dari bengkel ini adalah merapati penduduk di sekitar UNISEL ini sendiri. Ia merupakan usaha dakwah lapangan dalam gesaan pergerakan ABIM diperingkat daerah untuk mendampingi IPT dan melahirkan pendakwah-pendakwah muda yang berkaliber. Bengkel susulan kedua akan berlangsung pada 6 Julai 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan