SUMBANGAN MASIH DIPERLUKAN

Alhamdulillah Ramadan telah masuk hari yang ke lima belas. ABIM Daerah Kuala Selangor amat berharap, ia merupakan Ramadan yang dipenuhi dengan rasa syukur dan maghfirah buat umat Islam khususnya di Kuala Selangor. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang untuk Kempen Seorang Sekampit Beras dan Kempen Sandang Raya bagi tahun 1434H.

Sehingga hari ini, telah tiga fasa sumbangan diserahkan kepada mereka yang memerlukan melalui sumbangan, pembayar fidyah juga yang berniat membayar zakat harta mereka. Fasa pertama penyerahan adalah pada 12 Julai yang lalu bersamaan 3 Ramadan 1434H iaitu sebanyak RM600.00. Manakala fasa yang kedua pula penyerahan telah dilakukan pada 16 Julai bersamaan 7 Ramadan 1434H yang bernilai RM350.00. Penyerahan fasa yang ketiga baru sahaja dilaksana pada 23 Julai semalam bersamaan 14 Ramadan 1434H dengan nilai tertinggi RM1,000.00. Kesemua sumbangan, bayaran fidyah dan zakat ini akan diagihkan kepada fakir miskin diseluruh negeri Selangor.

Ruangan menyumbang masih terbuka kepada sesiapa yang berminat. Sila hubungi kami segera untuk penyerahan sumbangan atau sebarang pertanyaan. Semoga kali ini kita dapat bertemu dengan Lailatul Qadar dan menjadikan Ramadan ini yang terbaik jika ia adalah yang terakhir buat kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan