TAHNIAH KEJAYAAN MINI KARNIVAL GAYA HIDUP SIHAT 2014

20 Jamadilakhir 1435H, Tanjong Karang Selangor - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah berjaya melaksana Mini Karnival Gaya Hidup Sihat peringkat Daerah Kuala Selangor yang mendapat tajaan penuh daripada pihak Kumpulan Perangsang Selangor Berhad. Program bersama masyarakat anjuran ABIM dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad ini dijalankan selama dua hari di Masjid Darul Iman, Kampung Parit Serong, Tanjong Karang Selangor bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga dan memelihara keharmonian dan kesihatan kekeluargaan. Karnival kali ini juga merupakan program 2 dalam 1 kerana pada masa yang sama telah berlangsungnya Bengkel Asas Kepimpinan Remaja Islam (BAKRI) yang mana telah mengumpul peserta seramai 48 orang pelajar sekolah menengah dari sekolah-sekolah di Daerah Kuala Selangor.

Karnival ini juga melibatkan kerjasama dari Masjid Darul Iman Parit Serong, ABIM Daerah Kuala Selangor, Persatuan Penggerak Mahasiswa Universiti Selangor (PPMU), dan Grup Pengkaji Tamadun Dunia Universiti Selangor (GPTD) dan seterusnya berjaya mengumpul seramai 50 orang sukarelawan di kalangan mahasiswa dari UNISEL, UITM Sungai Buluh, dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang mana keterlibatan mereka telah berjaya melaksanakan dan menceriakan karnival kali ini.

Selain itu, pemilihan masjid sebagai tempat berlangsungnya karnival merupakan satu usaha memberdayakan peranan masjid sebagai pusat tumpuan ibadah, keilmuan, kesenian, dan hiburan kerohanian dalam proses pembinaan keluarga sakinah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan  bagi melibatkan komuniti setempat di setiap lapisan umur bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam proses membina masyarakat sejahtera dan bahagia serta mendapat rahmat ilahi. Seawal jam 8 pagi karnival bermula dengan pembukaan kuanter pendaftaran pertandingan dan pendaftaran umum. Karnival ini sempat menyentuh solidariti ummah di mana Forum Peduli Umat Syria berjaya membuka mata dan keprihatinan masyarakat islam mengenai keperitan umat islam yang di pikul oleh umat islam di Syria. Forum ini juga dijalankan bagi mengumpulkan sumbangan kemanusiaan untuk mereka yang berada di Syria. 

Seawal jam 8 pagi karnival bermula dengan pembukaan kuanter pendaftaran pertandingan dan pendaftaran umum juga mereka akan diberikan nombor cabutan bertuah apabila mendaftar. Selain itu, booth pemeriksaan kesihatan dari Biro Kesihatan ABIM di sediakan untuk hadirin yang hadir untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut hadir sama membuat pameran mengenai antidadah antaranya mengenai alat-alat menagih dadah, jenis penyalahgunaan dadah, dan penyakit berpunca dari dadah. Ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarat akan bahayanya penyalahgunaan dadah dan penjagaan kesihatan.

Selain itu, juga terdapat aktiviti senamrobik dan Walkathon Amal di mana ia melibatkan sepenuhnya masyarakat yang hadir. Aktiviti Walkathon Amal ini selain bertujuan membina kesihatan diri ia juga bertujuan untuk mengedarkan risalah-risalah kesihatan kepada orang kampung dari satu rumah ke satu rumah sekitar Kampong Parit Serong. Seawal jam 9:30 pagi, semua pertandingan dijalankan serentak iaitu pertandingan Gubahan Buah-Buahan, pertandingan Penyediaan Makanan Sihat, pertandingan Mewarna untuk Kanak-kanak, pertandingan Mencari Harta Karun dan slot Keluarga Mawaddah Wa Rahmah (KAMAR). Slot KAMAR di sampaikan oleh wakil ABIM dan menjadi sasarannya adalah golongan belia dan dewasa. Slot KAMAR ini menyentuh soal pembinaan keluarga islam yang harmoni di samping cara mendidik anak-anak dalam konteks islam. Kemuncak Mini Karnival adalah slot Ceramah Kesihatan untuk masyarakat yang di sampaikan oleh Dr. Azwan dari Biro Kesihatan ABIM. Slot ceramah kesihatan ini membantu masyarakat dalam memupuk kesihatan diri dan keluarga. 

Majlis penutup di jalankan selepas solat zuhur yang mana ia di rasmikan oleh Nazir Masjid Darul Iman dan turut hadir bersama YDP ABIM Selangor dan YDP ABIM Cawangan Tanjong Karang. Selain penyampaian hadiah kepada setiap pemenang pertandingan, pihak ABIM juga melancarkan Pelancaran Mini Perpustakaan Masjid kepada Nazir Masjid dengan penyampai sebuah mini rak buku berserta buku kepada pihak masjid sebgai simbolik pelancaran Mini Perpustakaan Masjid. Selain itu, ABIM sempat memberikan Sumbangan PROTIN berbentuk bahan masakan makanan kepada golongan fakir miskin di Kampong Parit Serong itu. 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan jutaan terima kasih kepada Kumpulan Perangsang Selangor Berhad sebagai penyumbang utama Mini Karnival Gaya Hidup Sihat dan juga pihak Masjid Darul Iman, Kampong Parit Serong kerana membernarkan dan bekerjasama dengan ABIM dalam menjayakan program kemasyarakatan ini. Juga terima kasih diucapkan kepada mereka yang bekerjsama dalam menjayakan program ini terutama sekali kepada masyarakat yang hadir di Mini Karnival Gaya Hidup Sihat kali ini. Semoga dengan kerjasama yang terjalin ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dan membentuk masyarakat yang sejahtera dan harmoni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan