PERUTUSAN 'AIDIL 'ADHA 1345H

Assalamualaikum wrt wbt

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Walillahilhamd

Sahabat-sahabat

Aidiladha hadir kembali menjenguk tidak waktu 1435H dengan penuh limpah kurnia dan nikmat yang tidak terhingga kepada kita semua. Ia memaknai kehidupan kita yang berjanji setia dalam melaksana dan mengikat diri dilapangan dakwah untuk menegakkan agama Allah yang tinggi ini. Semoga kesan limpahan hidayah pengiorbanan Saidina Ibrahim, Ismail dan Siti Hajar menjadi inspirasi dalam kehidupan kita.

Sorotan sejarah Nabi Ibrahim dan nilai pengorbanan perlu dirasai dan resapi terutama dalam diri anak muda  belia Islam yang menjalani kehidupan kini. Semangat pengorbanan ini perlu difahami dan diresapi terutama dalam menghadapi kehidupan yang mencabar ini. Kekuatan mental dan spiritual amat penting dalam menangani kemelut fikrah, kesempitan masa dan ekonomi yang memerlukan kebijaksanaan dalam menguruskan kehidupan. Percayalah setiap pengorbanan yang diberikan bakal diberikan rahmat dan hidayah dari Allah SWT.

Yang utama dan penting, istiqamahlah dalam dakwah dan tarbiyyah yang menjadi asas gerakan. Tinggalkanlah prasangka buruk kepada orang lain. Tegakkan dakwah yang kita yakini akan menjadi tunggak utama, mengikat ukhuwah fillah.

Juga iltizam untuk terus menegakkan kebenaran dan keadilan, menentang kezaliman tidak mengira apa dan siapa... 'Without any fear and favour.'

Juga, terus istiqamah dalam membina dan memimpin tamadun khayra ummah yang kita impikan. Di Selangor, proses membina khayra ummah ini kita rancakkan dengan penubuhan DUAT - Darul Ummah; Akademi dan Tahfiz sebagai tapak menjadi Kompleks Darul Ummah dalam merealisasikan pembinaan khayra ummah ini.
Segalanya memerlukan iltizam dan pengorbanan yang kuat dan kukuh dari semua.

Sekali lagi...

Resapi dan maknailah Semangat Aidiladha ini...

Semoga Allah merahmati Kita...
Wassalam

KHAIRUDIN BIN ABAS
YDP ABIM Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan